“Saya Kira Kemlskinan Orang Jangan Dibuat Mainan Atau Gurauan,” – Penting Jaga Bahasa & Adab, Respon Padu Fedtri Yahya

Pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya tampil memberikan pendapatnya susulan isu tular yang diperkatakan ketika ini selepas ditanya pengguna media soslal.

Menurut Fedtri, meski dia tidak mengetahui latar kejadian berkenaan secara terperinci, namun hos ini berpandangan bahawa setiap individu mempunyai mas4lah tersendiri yang berbeza-beza di antara satu sama lain.

“Saya pun tidak tahu mengenai latar belakang cerita ini. Akan tetapi apabila kepada apa yang trending dan viral, saya kira kemisk1nan orang jangan dibuat mainan atau gurauan. Dia sebutkan bahawa ‘mak dah tak ada’. Kita kena tahu, lain keluarga lain yang terjadi di dalam sesebuah institusi kekeluargaan.

“Terutamanya jika mak tak ada ni… macam-macam boleh berlaku. (Contoh) Sekali pun ada adik-beradik, tak semuanya akan ambil tahu. Terutamanya bila melibatkan isu ayah s4kit atau ada mas4lah lain. Adik-beradik pun bawa diri. Jadi anak-anak yang tiada sumber kewangan yang kukuh ini memang akan ada mas4lah.

“Jadi saya harapkan, sekali pun dalam kes3mpitan atau pun dalam situasi mahukan ilmu, pensyarah juga perlu ada rasa empathy,” katanya.

Malah baginya, penggunaan bahasa juga penting kerana apa yang diperkatakan itu boleh memberikan kesan yang tidak baik.

Lebih baik, agar menjadi jalan penyelesaian untuk membantu sekiranya individu terb4bit betul-betul tidak berkemampuan.

“Yang paling utama sekali, kena jaga bahasa. Sekali pun, bagi nasihat yang betul, bahasa dan juga adab itu yang paling penting. Sebab bahasa (yang diungkapkan) itu boleh menik4m dan meny4kitkan hat1 serta boleh beri impak emos1 dalam jangka masa panjang. Mungkin ada cara lain untuk membantu. Sebab pensyarah ini kan ketua.

Video:

“Jadi macam mana kalau dia (pelajar) betul-betul sus4h. Macam mana kita nak salurkan kepada pihak yang boleh membantu. Zakat ke atau apa sahaja. Yang dapat menyelamatkannya daripada kegelapan. Daripada mar4h-mar4h, baik kita bantu,” katanya lagi.

Pendiriannya itu dik0ngsikan Fedtri menerusi satu hantaran terkini yang dimuat naik menerusi Tik Tok. Perk0ngsian berkenaan mendapat puluhan ribu tontonan bersama reaksi pelbagai yang ditinggalkan warganet pada ruangan komen.

Komen Netizen:

sumber:MH

Be the first to comment on "“Saya Kira Kemlskinan Orang Jangan Dibuat Mainan Atau Gurauan,” – Penting Jaga Bahasa & Adab, Respon Padu Fedtri Yahya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*