Penyampai radio mohon maaf siar azan maghrib awal 4 minit, ini hukumnya kena ganti puasa atau tidak

Gara-gara menyiarkan azan Maghrib empat minit lebih awal, seorang penyampai stesen radio tempatan di sini, tampil memohon maaf susulan kesil4pan teknikal itu.

Menerusi perk0ngsian di Facebook miliknya, penyampai radio terb4bit menjelaskan berlaku kesil4pan teknikal apabila azan Maghrib disiarkan dua kali iaitu pada 6.16 petang dan 6.20 petang.

“Saya, Mohd. Safwan bin Junit, penyampai yang bertugas petang ini dalam Syoknya Hujung Minggu telah melakukan kesil4pan teknikal yang mana azan Maghrib disiarkan dua kali, iaitu sekitar 6.16 petang dan yang kedua 6.20 petang.

“Azan yang sepatutnya disiarkan pada 6.20 telah dikumandangkan lebih awal dari waktunya, menyebabkan ramai daripada warga Tawau secara tidak sengaj4 telah berbuka puasa awal dari waktu,” katanya sambil menjelaskan perkara itu disebabkan oleh kesil4pan teknikal dan kesil4pan dirinya sendiri.

Sehubungan itu, beliau secara peribadi dan rendah hati memohon maaf kepada warga Tawau yang terkesan dengan situasi tidak didug4 itu.

“Kesil4pan ini, adalah kesil4pan dari diri saya sendiri dan bukan RTM Tawau atau Tawau FM.

“Yang baik datangnya dari Allah dan yang kurang itu datangnya dari kelem4han diri saya sendiri. Mohon ‘share’ permohonan maaf ini,” ujarnya.

Sementara itu, tinjauan di ruang komen mendapati warganet memberikan pelbagai reaksi termasuk ada yang menasihati penyampai radio berkenaan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Selain itu, tidak kurang juga yang memuji tindakannya yang meng.akui kesil4pan dan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Terbaik bro cepat mengaku kesil4pan. Semoga dijadikan ikitib4r kepada kita semua kerana kita manusia tidak lari daripada membuat kesil4pan. Semoga dipermudahkan bro,” komen seorang netizen.

Kena Qadha

Hari ini di Tawau ramai yang terbuka puasa lebih awal akibat azan maghrib di radio disiarkan lebih awal akibat mas4lah teknikal. Hendaklah diQADHA menurut Mufti Wilayah Persekutuan.

“Setelah menilai dan meneliti kedua-dua pendapat, kami lebih cende.rung kepada bat.alnya puasa dan wajib bagi mereka yang ters4lah berbuka awal sedangkan matahari belum tenggelam, hendaklah diqadha’.” Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan (BAYAN LINNAS SIRI KE- 97 – Tahun 2017)

Link: https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/790-bayan-linnas-siri-ke-97-tersalah-berbuka-puasa-awal-kerana-azan-di-radio

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

kredit: hmetro

Be the first to comment on "Penyampai radio mohon maaf siar azan maghrib awal 4 minit, ini hukumnya kena ganti puasa atau tidak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*