Layan ‘maid’ macam VIP, bawa shopping baju raya di KLCC… Ramai tawar diri jadi bibik, mengidam bonus RM5,000!

SIAPA yang tak sedlh apabila tidak berpeluang untuk pulang berhari raya di kampung halaman bagi menyambut ketibaan 1 Syawal.

Lagu raya Dendang Perantau nyanyian Allahyarham Tan Sri P Ramlee pastinya mengusik jiw4 buat mereka yang terpaks4 bertugas di Aidilfitri.

Namun majikan ini mempunyai cara tersendiri untuk ‘membeli jiw4’ tiga pembantu rumahnya yang berjauhan dengan keluarga.

Bercakap kepada mStar, majikan yang hanya mahu dikenali sebagai Farah MJ, 27, berkata, ketiga-tiga pembantu rumahnya merupakan warga Indonesia berusia antara 25 dan 40 tahun.

“Saya kena bagi reward yang mereka tak pernah rasa. Jadi saya buat kejvtan untuk ketiga-tiga mereka dengan menginap di hotel mewah.

“Mereka diberikan bilik suite yang dilengkapi ruang tamu dan ruang makan. Penginapan mereka selama tiga hari dan dua malam berharga lebih RM4,000,” katanya ketika dihubungi.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

Tiga pembantu rumah Farah bersama anak lelakinya.

Sepanjang percutian di hotel bertaraf lima bintang di kawasan segi tiga emas di Kuala Lumpur pada minggu lalu, ketiga-tiga bibik tidak perlu melakukan kerja-kerja rumah seperti kebiasaan.

Malah kata Farah, kesemua pembantu rumahnya juga berbuka puasa di bilik VIP yang ditempah khas buat mereka.

Kiri bilik suite buat penginapan pembantu rumah, kanan bilik VIP untuk mereka berbuka puasa.

“Saya mahu buat mereka gembira. Jadi, mereka duduk di hotel dan ikut saya pergi shopping di KLCC.

“Mereka bukan sekadar temankan saya shopping, tapi shopping raya untuk mereka sekali. Saya belikan mereka baju dan kasut raya.

“Setiap seorang dapat lima pasang baju, warna sedondon dengan baju raya saya sekeluarga untuk dipakai sama masa hari raya,” ujarnya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Keceriaan pembantu rumah diberi layanan baik daripada majikan.

Bukan itu sahaja, menurut usahawan dalam bidang eksport dan import itu, ketiga-tiga pembantu rumahnya diberikan bonus raya sebanyak RM5,000 seorang.

“Kesemua mereka berstatus jand4 tapi sudah mempunyai anak-anak yang tinggal bersama keluarga masing-masing di kampung.

Saya tidak mahu mereka rasa terasing, saya mahu mereka rasa seperti sebuah keluarga.

FARAH MJ

“Saya juga seorang ibu, saya faham macam mana rasanya apabila berjauhan dengan anak-anak. Tapi mereka datang ke Malaysia untuk mencari rezeki.

“Mereka orang sus4h, kalau kerja di kampung belum tentu dapat shopping raya. Bonus diberi lebih awal untuk mereka kirim duit ke kampung untuk keluarga masing-masing buat persiapan raya di sana,” katanya yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata.

Farah (dua, kiri) menghargai tiga pembantu rumahnya.

Farah berkata, kali terakhir pembantu rumahnya beraya di kampung masing-masing di Indonesia pada 2019, sambil menambah Aidilfitri kali ini mereka bakal beraya di kampungnya di Kota Bharu.

“Mereka disediakan bilik di kampung dan akan pakai sedondon bersama saya, suami dan anak-anak.

“Saya tidak mahu mereka rasa terasing, saya mahu mereka rasa seperti sebuah keluarga. Mereka juga boleh buat video call dengan anak-anak dan keluarga di hari raya nanti.

“Pembantu rumah itu sekadar tugas dan tanggungjawab mereka. Sebagai majikan, saya perlu melakukan sesuatu untuk menghargai mereka dan turut rasa gembira berhari raya,” katanya.

sumber:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Layan ‘maid’ macam VIP, bawa shopping baju raya di KLCC… Ramai tawar diri jadi bibik, mengidam bonus RM5,000!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*