Lepas Jumpa Pengarah JPN…Halim Dedah 3 Sebab Untuk Kekalkan Nama Myra Natasya Binti Abdullah

Kuala Lumpur: “Memang saya tak daftarkan perkahwinan di Malaysia, sebab rumah tangga itu dah tak aman dan saya bersama ibu Myra akhirnya membawa haluan hidup masing-masing.”

Itulah penjelasan pengacara dan bekas penyampai radio, Halim Othman, 56, berhubung identiti anak tunggalnya juga pelakon serta pengacara, Myra Natasya Abdullah yang tidak berbintikan nama Halim.

Menurut Halim, dia bersama bekas isteri, tidak sampai setahun hidup bersama selepas berkahwin pada 1994 dan apabila Myra dil4hirkan pada 1995, mereka sudah tidak duduk sebumbung dan segala urusan anak dibuat oleh ibunya.

“Masa daftarkan itu memang bekas isteri letak nama bapa Myra, Abdullah sebab perkahwinan kami di Thailand berkenaan tidak didaftarkan di Malaysia dan ia dianggap tidak sah.

“Ketika itu, saya juga kata kepada bekas isteri tidak perlu besarkan cerita yang Myra anak saya, sebab tak mahu jadi ‘complicated’ dan dia akan terganggu,” katanya kepada Harian Metro.

Halim berkata, Myra memang dijaga sepenuhnya oleh ibunya, Yusnita sejak mereka berpis4h.

Katanya lagi, disebabkan sib.uk dengan kerjaya pada 1996 dan 1997, maka urusan percer4ian dapat diselesaikan di Thailand pada 1998 selepas Myra berusia tiga tahun.

Ditanya juga mengenai rasa kes4lnya, Halim berkata itu memang tidak dapat din.afikan kerana melihat anak sendiri yang berbintikan Abdullah dan pada mulanya, dia memang berasa kurang selesa dan tak berpu4s hati.

“Tetapi, apabila dah tersedar sekarang, saya terimalah hakikat Myra binti Abdullah itu dan percaya ada rahmat di sebaliknya. Sesungguhnya, Allah Maha Tahu.

“Malah, bila mana saya fikir-fikirkan lagi, kadang-kadang nama ini apabila kita terima dengan ikhlas binti Abdullah itu mungkin ia juga membawa banyak tuah kepada Myra sekarang.

“Alhamdulillah, saya red4 dengan nama Myra binti Abdullah itu dan dengan penjelasan ini kisah kami boleh ditutup dan sekarang ‘move on’ untuk kehidupan seterusnya. Malah, saya juga bersyukur hubungan dengan ibu Myra juga semakin baik,” katanya.

Mengulas juga mengenai komen netizen, Halim berkata dia gembira dan kagum apabila secara keseluruhannya kisah Myra diterima baik oleh orang ramai.

Katanya, walaupun ada segelintir netizen yang membuat spekulasl, tak mengapa sebab semua orang ada hak atas pandangan sendiri.

“Saya terima semua komen yang baik-baik ditulis itu. Saya juga tak mar4h dengan komen yang sebaliknya daripada netizen. Begitu juga dengan penjelasan saya ini, terpulanglah kepada mereka nak terima atau mahu fikir apa. Terserah,” katanya.

Lepas jumpa Pengarah JPN…saya ambil keputu.san untuk kekalkan nama Myra Natasya binti Abdullah atas 3 sebab

Selepas berjumpa dan mendengar nasihat oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 3 hari lepas, Halim Othman ambil keput.usan untuk mengekalkan nama ‘binti Abdullah’ atas 3 sebab. Pertama, dia percaya ada hikmah apabila nama tersebut diberi kepada Myra yang kini sudah masuk 27 tahun. Alasan kedua adalah untuk mudahkan semua pihak terlibat ‘move on‘, manakala yang terakhir adalah proses pertukaran nama tersebut memakan tempoh agak lama.

Memang terkil4n nanti anak perlu khidmat wal1 hakim…itu kesil4pan saya sebab tak pek4 dulu

Apabila disoal mengenai urusan pernikahan Myra kelak, bekas penyampai radio ini sedia maklum bahawa anaknya perlu gunakan khidmat wal1 hak1m. Sambil mengaku1 kes1lapan dahulu kerana tidak pekr dengan kes4n mendatang, Halim Othman bagaimanapun berharap perkara ini boleh dijadikan sebagai pengaj4ran berguna untuk masyarakat di luar sana.

Terdahulu, media melaporkan mendedahkan Myra juga bekas peserta Dewi Remaja 2019 yang pernah menjadi pengacara Didik TV dan pelakon drama Republik Gombak di TV3 adalah anak Halim Othman selepas 27 tahun ‘dirahsi4kan’.

Difahamkan, Myra atau nama sebenarnya, Yusmyra Natasya adalah anak Halim bersama bekas isteri, Yusnita Omar, 47.

sumber:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Lepas Jumpa Pengarah JPN…Halim Dedah 3 Sebab Untuk Kekalkan Nama Myra Natasya Binti Abdullah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*