Neelofa Tunjuk Video Kira Duit Raya Anak. Jumlahnya Sampai 5 Angka

Kuala Lumpur: Duit raya anak sulung pasangan selebriti Neelofa dan Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz iaitu Muhammad Bilal berjumlah RM14,020.

Ia dik0ngsikan Neelofa menerusi hantaran video di aplikasi TikTok yang mana dia dan suami mengira duit raya diterima anaknya itu pada sambutan hari raya baru-baru ini.

Menerusi video itu, PU Riz berterima kasih pada semua yang memberi duit raya pada anak mereka.

“Alhamdulillah, jazakallahukhair pada semua yang memberi duit raya pada Muhammad Bilal. Sampai ada juga beri 1000 Dirham. Jadi, Bilal punya duit raya tahun ini, hasil kutipan RM14,020. Masya-Allah, hebat daripada kita lagi,” katanya.

Video yang baru dik0ngsikan Neelofa itu sudah mencec4h lebih 700,000 tontonan, hampir 2000 komen dan lebih 6000 perk0ngsian semula.

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini juga, Neelofa dan PU Riz pertama kali berkongs1 gambar mereka sekeluarga di Instagram, namun diletakkan emoj1 pada wajah anak mereka

Di ruangan komen, para peminat turut meluahkan rasa teruja dengan jumlah tersebut. Mereka secara berseloroh berkata duit raya itu boleh digunakan untuk membeli sebuah motosikal atau sebagai bayaran wang pendahuluan kereta.

Walaupun duit raya anak masing-masing tidak sebanyak Muhammad Bilal, mereka meluahkan rasa syukur dan percaya Neelofa juga seorang yang suka memberi.

kredit:hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Neelofa Tunjuk Video Kira Duit Raya Anak. Jumlahnya Sampai 5 Angka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*