“Dia Lebih Rapat Dengan Saya Berbanding Haris” – Neelofa Mungkin Akan Bawa Bilal Pergi Kerja

Menerusi temubual eksklusif bersama Nona, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa memberitahu dia mungkin akan membawa anaknya, Bilal ke tempat kerja.

Menurut Neelofa, anaknya, Bilal berada dalam keadaan yang sihat dan sedang dijaga oleh pembantu rumah apabila dia keluar bekerja.

Tambah Neelofa, apabila Bilal sudah besar, dia merancang untuk membawa anak sulungnya itu ke tempat kerja memandangkan Bilal sangat rapat dengan dirinya berbanding PU Riz.

Ujar Neelofa, suaminya, PU Riz akan keluar bekerja dari awal pagi sehingga ke petang. Oleh itu, Bilal banyak menghabiskan masa bersamanya.

Bila dia besar sikit, Lofa mungkin akan bawa ke tempat kerja sebab senang nak uruskan. Lagipun dia anak pertama kan.

Bercerita mengenai perasaan menjadi seorang ibu, Neelofa memberitahu ini merupakan kali pertamanya bergelar ibu. Jadi, dia mempunyai pelbagai jenis perasaan sebelum kehadiran Bilal.

Seminggu pertama saya masih tak percaya yang sudah ada anak. Cuma lepas habis pantang, perasaan menjadi ibu itu semakin terasa apabila saya dah kenal dan faham ragam dia.

Memang rasa bersyukur sangat. Setiap kali tengok muka anak, saya rasa lembut hati. Suami pun jadi sangat protektif.

Neelofa turut memberitahu anaknya itu seorang yang suka senyum dan mudah mesra dengan semua orang. Disoal mengenai postpartum depression, Neelofa berkata perkara tersebut adalah ‘real’ lebih-lebih lagi dari segi penyusuan.

Saya nak ajak semua orang baca dan tanya orang berpengalaman tentang cara nak kawal perubahan badan, hormon, penyusuan bayi dan cara menjaga bayi. Perkara ini sangat penting.

Di akhir temubual tersebut, Neelofa memberi pesanan kepada wanita di luar sana agar mempunyai ilmu sebelum menimang cahaya mata. Di samping itu, Neelofa turut mendoakan kepada pasangan suami isteri di luar sana yang masih menanti kehadiran zuriat.

Sumber sv

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "“Dia Lebih Rapat Dengan Saya Berbanding Haris” – Neelofa Mungkin Akan Bawa Bilal Pergi Kerja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*