Harimau Malaya Menent4ng Bangladesh Esok, Tapi Per4ng Psik0logi Penyokong Bangladesh Cvri Tumpuan

PETALING JAYA – Perlawanan ketiga pasukan bola sep ak negara dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023 menent ang Bangladesh malam esok nampaknya bukan satu perlawanan yang mudah.

Selepas mengalami kekal ahan tipis 2-1 ketika mene ntang Bahrain beberapa hari lalu, pasukan bola sepak Bangladesh pula bakal menguji skuad kebangsaan di Stadium Bukit Jalil.

Tular di media sosi al ketika ini berkenaan penyokong dari Bangladesh yang berada di Malaysia sudah bersedia bagi memberi sokongan padu kepada pasukan kesayangan mereka itu.

Beberapa keping foto tular dipercayai warga Bangladesh yang bekerja di Kuala Lumpur memakai kasut bola ketika beriadah sambil ‘makan angin’ di ibu kota sebelum ini telah menjadi pendebatan han gat warga net.

Difahamkan foto-foto tersebut merupakan foto lama namun kini kembali tular bersempena Malaysia yang bakal menen tang Bangladesh malam esok.

Rata-rata orang ramai geli hati melihat foto-foto tersebut dan menganggap perkara itu adalah per ang psiko logi di internet bagi mele mahkan semangat pemain kebangsaan.

Foto lama yang kembali tular sempena perlawanan bola sepak antara Malaysia bertemu Bangladesh malam esok.

“Geli hati aku tengok gambar-gambar ni, memang dah lama tapi kena dengan perlawanan malam ni. Ibarat peran g psikologi pula.

“Warga Bangladesh yang bekerja di sini memang tidak peduli apa yang mereka pakai, janji mereka senang hati,” jelas Mohd Faizu.

“Mana nak cari penyokong macam ni, hanya Bangladesh sahaja yang mampu. Boleh dia bantai kasut bola jumpa kawan-kawan dia dekat bandar.

“Mana peduli orang cakap apa, janji nampak kacak,” kata Mohd Faridullah.

Kelayakan Piala Asia: 3 Pemain Tumpuan Menjelang Aksi Menen tang Bangladesh
Debar lan perlawanan terakhir bagi saingan kelayakan Piala Asia 2023 peringkat Kumpulan E semakin terasa melibatkan pertemuan antara Malaysia mene ntang Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Selasa

Malaysia perlu mencatat kemenangan bagi menghidupkan peluang untuk melayakkan diri secara merit ke Piala Asia tahun hadapan selain terus membuktikan sesuatu buat para penyokong.

Sepanjang dua perlawanan diharungi skuad kebangsaan, nyata Kim Pan-gon sudah membuat beberapa pertukaran pemain yang agak drastik di beberapa posisi.

Namun boleh dikatakan bentuk perubahan pemain dibuat oleh Pan-gon dalam dua perlawanan tersebut langsung tidak menjejaskan taktikal yang dipersembahkan oleh skuad Harimau Malaya

Lebih menarik, bakat setiap pemain juga dilihat lebih menonjol dan berjaya memberi impak positif untuk diperkatakan oleh penyokong.

Ini tiga pemain tumpuan yang mungkin dapat memberikan impak positif jika diturunkan oleh pengendali skuad kebangsaan berdasarkan rekod perlawanan lepas.

Khuzaimi Piee

Pemain pertah anan ini berjaya memberi dimensi yang berbeza di bahagian pertah anan apabila beliau dapat mengimbangi kekuatan fizikal, kepantasan, dan cepat membaca gerakan lawan.

Lebih menarik, Khuzaimi juga merupakan pemain pertahanan yang bersifat ofensif setelah beliau dapat melihat dengan baik pergerakan pemain serangan sebelum membuat hantaran jauh tepat.

Aksi Khuzaimi nyata semakin disenangi oleh para penyokong skuad kebangsaan
Gandingan Khuzaimi bersama Dion Cools nyata memberi masa lah pada perlawanan lalu untuk pemain Bahrain sewenang-wenangnya memasuki dari bahagian tengah serta mencatur pergerakan untuk menyer ang.

Syamer Kutty Abba

Pemain tengah bertahan ini menjadi antara tonggak pilihan Pan-gon sepanjang dua perlawanan untuk mengemudi di bahagian tengah Harimau Malaya.

Kebolehan Syamer untuk bergandingan dengan mana-mana pemain tengah lain seperti Azam Azih, Nazmi Faiz Mansor, dan Safiq Rahim menjadikan beliau tidak kekok untuk bermain dalam apa jua situasi.

Syamer nyata menjadi pemain kunci skuad kebangsaan era Kim Pan-gon
Kelebihan pemain ini terletak pada daya stamina yang sangat tinggi untuk sentiasa bergerak di serata arah serta merosa kkan pelan pergerakan cuba diatur lawan.

Syamer juga boleh membantu serangan dengan sangat baik jika ada peluang terbuka buat dirinya untuk naik lebih tinggi dari zon asalnya.

Darren Lok

Penyer ang ini masih lagi belum meledak sebarang gol dalam kejohanan ini sepanjang beliau diturunkan selaku pemain kesebelasan utama buat skuad kebangsaan.

Sesuatu yang menc uri tumpuan buat Pan-gon mengenai aksi Darren ialah kerajinan beliau untuk sentiasa memberi tek anan buat pertahanan lawan serta bijak mencari ruang untuk melepaskan diri sebelum membuat percubaan.

Darren Lok kini sedang menikmati musim terbaik beliau apabila positif bersama kelab dan negara

Darren merupakan pemain yang sentiasa bergerak dan kerap mencipta anca man tersendiri untuk menyuk arkan lawan bebas menyusun pergerakan dari bahagian bawah.

Kesimpulan

Walau mana-mana pemain yang menjadi pilihan Pan-gon pada perlawanan esok, mereka perlu mempamerkan aksi sehabis baik kerana inilah satu-satunya peluang buat skuad kebangsaan mencipta kejayaan muncul selaku sa lah satu pasukan layak ke Piala Asia secara merit.

Apa diharapkan selain taktikal Pan-gon, kualiti padang juga berada dalam keadaan terbaik agar aksi ditampilkan skuad negara mampu untuk membenam cab aran lawan.Kredit: FAM, semuanyabola

Be the first to comment on "Harimau Malaya Menent4ng Bangladesh Esok, Tapi Per4ng Psik0logi Penyokong Bangladesh Cvri Tumpuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*