Belum Reda Berita Syamsul Yusof Nak Kahwin, Puteri Sarah Kongsi Apa Yg Berlaku Kepada 2 Org Anak Mereka

KETIKA bertebaran go sip kononnya aktor Syamsul Yusof dikatakan mahu mengahwini Ira Kazar dalam waktu, lain pula yang berlaku kepada keluarga aktor itu apabila anak-anaknya terpa ksa mendapatkan raw atan di hospital.

Isteri Syamsul iaitu Puteri Sarah Liyana berkata, dua anaknya iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2,mengalami de mam akib at jangk itan viru s di bahagian tekak dan dimasukkan di sebuah pusat perubatan pada Khamis.

Menurut Sarah, dia lebih yakin anak-anaknya mendapat pemantauan hospital kerana adanya kepakaran doktor berbanding jika berada di rumah.

Anak Sarah dan Syamsul sekarang sedang dirawat di sebuah pusat perubatan.

“Abang (Syaikhul) mula de mam minggu lalu dan saya telah bawa ke hospital, namun disebabkan katil wad penuh, doktor nasihat untuk bawa pulang dan lakukan pemantauan di rumah.

“Sekarang masuk hari kelima dan ba dannya masih panas. Saya rasa lebih baik dijaga di hospital. Adik (Summayah) juga sudah mula de mam. Jadi saya bawa kedua-dua sekali ke hospital.

“Jaga sendiri di rumah memang puas hati tetapi tidak mendapatkan ubat dan pemantauan betul.

Kalau di hospital waktu makan ubat terjaga, tidak perlulah saya ri sau,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sementara itu Sarah juga berasa sedikit lega apabila anak-anak berada di hospital kerana dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Suri Hati.

Namun begitu dia tidak mengambil cuti kerana enggan meny usahkan pihak produksi.

“Apabila anak-anak berada di hospital saya rasa tenang sikit. Layanan yang diberikan juga sangat bagus.

Sarah bersama anak-anak ketika mengerjakan ibadah umrah April lalu.

“Saya enggan susa hkan produksi, jadi memang tidak ambil cuti penggambaran. Di hospital juga ada keluarga lain yang turut bantu menjaga,” ujarnya.

Enggan Ulas Berita Membabaitkan Suami

Dalam pada itu Sarah enggan memberi sebarang ulasan mengenai berita yang mengaitkan suaminya.

Untuk rekod, Sarah berkahwin dengan pengarah Syamsul Yusof pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Summayah.

Mudah-mudahan Allah memberi kesembuhan buat dua anak pasangan artis yang comel dan bijak ini.

Dengar Je Syamsul Nak Kahwin Lain, Ini Pesanan Padu Ibu Kepada Keluarga Ira Kazar
SUSULAN timbulnya spe kulasi Syamsul Yusof bakal berkahwin dengan wanita bernama Ira Kazar dalam waktu terdekat, ibu kepada pengarah tersebut iaitu Datin Fatimah Ismail memohon agar semua pihak tidak terus memperkatakan perkara itu kerana ia masih lagi samar.

Menurut Fatimah berita yang tersebar itu masih belum sahih dan anaknya mengambil langkah berdiam bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih bur uk.

“Spekulasi belum sahih, jangan diwar-warkan.

Fatimah (tengah) bersama Yusof (kiri), Sarah dan dua cucunya. Gambar ini dirakam ketika produser itu dan isterinya menghantar Sarah di KLIA untuk mengerjakan umrah, Ramadan lalu.

“Syamsul diam kerana tidak mahu membu rukkan keadaan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Fatimah juga memberi peringatan kepada keluarga Ira agar menghentikan sebarang tindakan berbentuk ugu tan melalui video untuk memastikan rumah tangga Syamsul dan menantunya, Puteri Sarah Liyana tidak terus terganggu.

Ini kerana kata Fatimah, pasangan suami isteri itu masih sayang menyayangi.

“Saya nak beritahu keluarga Kazar, jangan ug ut anak saya kahwin dengan video-video pal su. Syamsul masih sayangkan isteri dan anak-anaknya,” jelasnya.

Spekulasi perkahwinan Syamsul dan Ira mula timbul apabila sebuah blog hiburan menda kwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon drama veteran.

Biarpun tidak menulis nama, namun ramai yang mengesyaki gos ip itu merujuk kepada Syamsul dan Ira Kazar.

Laporan itu yang memetik sumber melaporkan, pengarah tersebut dikatakan sudah berjumpa bakal bapa mentuanya iaitu pelakon Kazar Saisi bagi membincangkan hasrat berkenaan.

Ira Kazar dikatakan sudah lama berkawan dengan Syamsul.

Sementara itu dalam satu kenyataan kepada mStar pada Rabu, bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam berharap agar khabar angin yang bertiup itu tidak menjadi kenyataan.

Sumber : MSTAR ONLINE

Be the first to comment on "Belum Reda Berita Syamsul Yusof Nak Kahwin, Puteri Sarah Kongsi Apa Yg Berlaku Kepada 2 Org Anak Mereka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*