Sudah Tiada ‘Yah Kuchai’ Selepas Mamat Khalid Men1ngg4l Dun1a, Afea Deanna Tak Mungkin Lakon Watak Itu Lagi

Mula dikenali dengan watak Yah Kuchai, pelakon Afea Deanna tetap dengan pendiriannya akan menol ak tawaran untuk dia melakonkan karakter berkenaan.

Afea atau Afea Deanna Baharudean berkata hanya Allahy4rham Mamat Khalid sahaja yang memahami watak tersebut kerana arw4h yang membawa nama itu di persada seni.

“Terus-terang saya boleh katakan watak Yah Kuchai telah pun m4ti dalam naskah terakhir… kemunculan saya sama seperti watak-watak lain seperti Husin yang Uncle Mamat kenalkan.

“Malah, hampir semua karakter yang diperkenalkan oleh arw4h seperti watak Yah Kuchai hanya arw4h saja betul-betul faham keperluan dalam naskah-naskah beliau.

“Takkan ada lagi pengarah lain yang mampu cari personaliti menggantikan watak Yah Kuchai,” katanya.

Menurut Afea lagi, watak Yah Kuchai hanya eksklusif kepada naskah arw4h Mamat Khalid, malah warisnya iaitu Mohd Khalid Amen dilihat tidak mampu menyambung legasi peranan Yah Kuchai dalam naskahnya selepas ini.

“Hanya arw4h saja yang betul-betul mengerti watak Yah Kuchai,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, Mamat Khalid meningg4l dunia pada 24 Oktober tahun lalu akibat ser4ngan j4ntung di Hospital Slim River, Perak.

Watak Yah Kuchai lakonan Afea itu diwujudkan menerusi karya 18 Puasa Di Kampong Pisang, Kampong Pisang Bersiri-Siri dan Kampong Pisang Musikal Raya.

Dalam pada itu, Afea yang kini berusia 22 tahun melahirkan rasa syukur apabila berjaya menamatkan pelajarannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Afea antara sa lah seorang penerima diploma daripada 825 graduan semasa sesi keenam, Istiadat Konvokesyen ke-23 UPSI yang berlangsung pada Khamis.

“Alhamdulillah selesai juga pengajian saya di UPSI. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya dan juga para pensyarah di universiti serta rakan-rakan yang banyak membantu perjalanan pengajian saya di sini.

“Pada awalnya agak sus ah saya nak suaikan diri, iyalah, saya gadis luar bandar, membesar dalam suasana kampung dan tak biasa dengan persekitaran kampus.

“Tambahan pula berjauhan dengan keluarga, namun sedikit demi sedikit, saya pelajari cara berdikari dan mula mencari kerja untuk sara pengajian saya di sini,” ujarnya.

sumber:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Sudah Tiada ‘Yah Kuchai’ Selepas Mamat Khalid Men1ngg4l Dun1a, Afea Deanna Tak Mungkin Lakon Watak Itu Lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*