Culas bayar ansuran bulanan, rakan kongsi Neelofa diarah pulangkan kereta mewah Range Rover Sport SVR V8

AKIBAT gagal melunaskan bayaran bulanan sebuah kereta mewah jenama Range Rover Sport SVR V8, rakan kongsi kepada usahawan Neelofa iaitu Nor Farahiyah Kamal Bharin dituntut agar memulangkan kembali kenderaan itu kepada CTG Capital Sdn. Bhd.

Kenderaan yang telah diberi fasiliti pembiayaan pada tahun 2019 itu bagaimanapun gagal dilunaskan pembayarannya untuk tempoh beberapa bulan.

Disebabkan itu, CTG Capital Sdn. Bhd. menuntut kepada Mahkamah Sesyen dan Majistret Kuala Lumpur agar Nor Farahiyah selaku defendan dalam kes tersebut memulangkan kenderaan itu.

Nor Farahiyah hadir ke mahkamah bersama suami, Mohamad Fareez Noor Amran yang juga penjamin kepada fasiliti pembiayaan kereta itu ke mahkamah pada Jumaat bagi sesi pendengaran kes di antara kedua-dua belah pihak.

Defendan dalam permohonan kepada mahkamah meminta tempoh sebulan untuk memulangkan kenderaan tersebut dan ia dipersetujui oleh pihak CTG Capital Sdn. Bhd.

ARTIKEL BERKAITAN : Neelofa dah lama tahu kehadiran ‘penyondol’, tak sanggup hadam apa dilalui Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN : [VIDEO] Tutup wajah Bilal, Neelofa elak anak kena kerumun… Risau kesihatan mental terjejas

Prosiding didengar dihadapan Hakim, Nur Syafiqah Noorinda membenarkan permohonan itu dan memberi tempoh 30 hari kepada defendan untuk memulangkan kenderaan tersebut.

Terdahulu, CTG Capital Sdn. bhd. telah memfailkan permohonan kepada pihak mahkamah satu perintah pengambilan semula untuk memulangkan kenderaan tersebut pada September 2021.

Bagaimanapun, perintah tersebut gagal dipatuhi oleh pihak defendan.

Dalam pada itu, Nor Farahiyah ketika ditemui selepas prosiding selesai enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan kes disambung pada 2 Ogos 2022.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber