“Dah lama tahu kehadiran ‘peny0ndol’” Pendedahan Terbaru Neelofa Ini, Buat Ira Kazar Terkedu

Seperti yang diketahui, pelakon Puteri Sarah Liyana akhirnya bertindak mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ketiga yang telah menganggu kehidupannya dan dia juga nekad melakukan hal itu selepas pulang dari mengerjakan umrah.

Temubual Puteri Sarah yang dikongsikan oleh officialhlive ini pula bagaimanapun mendapat perhatian ramai di media sosial apabila ayat pelakon ini turut viral mencuri tumpuan para wanita terhadap isu orang ketiga.

Walau bagaimanapun, di aplikasi TikTok pula terdapat satu ayat pelakon yang mempunyai dua orang cahaya mata ini membuatkan ramai suka mendengarkannya dan bersetuju dengan pandangan selebriti ini mengenai isu ambil orang punya apabila dikongsikan oleh seorang individu lalu tular meraih ribuan tanda suka ramai.

Hantaran video tersebut dengan kapsyen, “Dah amik orang punya duduk diam-diam,” itu mendapat ratusan komen warganet yang turut memberikan sokongan buat pelakon tersebut disamping setuju dengan ayat Puteri Sarah itu.

“Ayat ayat ni boleh keluar kerana dia dah redha dan ikhlas…”

Neelofa dah lama tahu kehadiran ‘penyondol’, tak sanggup hadam apa dilalui Puteri Sarah
RUPA-RUPANYA selebriti terkenal Neelofa sudah lama mengetahui kewujudan ‘penyodol’ dalam rumah tangga pelakon Puteri Sarah liyana dan pengarah Syamsul Yusof.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, berkata, ketika mengetahui perkara itu, dirinya hilang kata-kata disebabkan perbuatan pihak ketiga terhadap Puteri Sarah dan menganggap apa yang berlaku adalah melampau.

Malah pengacara dan pelakon berusia 33 tahun ini berkata, dia sendiri tidak sanggup untuk berhadapan dengan masalah sedemikian namun memuji ketabahan dan kekuatan Puteri Sarah mengharungi perkara itu.

“Kita borak banyak tentang hal ini. Sampai satu masa, saya dah tak tahu nak kongsi nasihat apa, sebab terlalu teruk pihak ketiga punya buli terhadap awak (Puteri Sarah).

“Masa itu orang ramai tak tahu lagi, saya sendiri tak sanggup nak hadam, apatah lagi awak yang kena lalui. Memang awak seorang yang terlalu sabar dan kuat,” katanya.

Isteri kepada pendakwan Haris Ismail atau PU Riz itu berkata demikian menerusi ruang komen perkongsian terbaharu Puteri Sarah di Instagram miliknya.

Terdahulu, Sarah melalui peguamnya memfailkan saman terhadap Ira di mahkamah sivil pada 26 Jun lalu dan wanita tersebut sudah menerima surat arahan supaya menghentikan sebarang bentuk gangguan terhadapnya pada 28 Jun.

Memang awak seorang yang terlalu sabar dan kuat.

Dalam permohonan yang dibuat, Puteri Sarah mahu Ira tampil memohon maaf dan berhenti daripada melakukan sebarang gangguan terhadapnya.

Pada Khamis lalu, Puteri Sarah turut hadir ke Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi membuat aduan berkaitan rumah tangganya.

Selain didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Syamsul, Ira juga dikatakan menggangu kehidupan Puteri Sarah dengan menghantar pelbagai ugutan melalui pesanan di media sosial.

Dalam pada itu, Neelofa turut menyifatkan Puteri Sarah sebagai seorang wanita yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi kerana masih menjaga aib suaminya.

“Satu perkara yang saya amat-amat terkesan, despite apa jadi awak sangatlah nak jaga rumah tangga awak, awak jaga aib suami dan banyak mengalah.

“Moga Allah gantikan segala kesakitan, kepedihan, setiap air mata awak yang mengalir kepada kebahagiaan yang berterusan,” ujarnya.

Membalas komen tersebut, Puteri Sarah mengucapkan terima kasih kepada Neelofa yang menjadi tempat luahannya selain berkongsi doa-doa yang baik untuknya.

“Terima kasih love. Selama ini saya menangis dekat awak. Akhirnya… terima kasih ajarkan saya segala doa-doa,” balas Puteri Sarah.

Sementara itu, Puteri Sarah enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Syamsul namun memberitahu pengarah terkenal itu ada melawat anak-anak ketika mereka dimasukkan ke hospital, baru-baru ini.

Syamsul dan Sarah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2.

kredit: HCL, MSTAR, IG PUTERI SARAH

Be the first to comment on "“Dah lama tahu kehadiran ‘peny0ndol’” Pendedahan Terbaru Neelofa Ini, Buat Ira Kazar Terkedu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*