Peniaga Ni Jual Ayam Murah. Ini Jawapan Dia Kenapa Tak Jual Ikut Harga Semasa

Seorang peniaga ayam menyifatkan penjual yang meletakkan harga tinggi untuk ternakan itu seperti individu yang mahu ke Mekah ‘balik hari.’

Zukila Deraman – yang terkenal kerana harga ayam murahnya di Kelantan – berkata peniaga terbabit meletakkan harga tinggi kerana mahukan margin keuntungan yang besar.

Katanya harga daripada pihak pemborong sebenarnya sudah wajar.

“Pemborong letak harga molek (murah) dah, tapi geng peniaga saja yang jual harga tinggi RM8.50 hingga RM9 sekilogram.

“Nak untung (banyak) ibarat nak pergi Mekah balik hari. Nak untung banyak, untung RM5 atas seekor ayam, itu yang jadi masa lah,” katanya dalam satu perkongsian video di media sos ial.

Kerana itu, kata Zukila, orang ramai kecoh apabila dia menawarkan ayam pada harga RM6.99 sekilogram.

Terdahulu, Zukila, 44, yang lebih dikenali sebagai Jukee Ayam menarik perhatian ramai kerana harga yang ditawarkannya itu jauh lebih murah berbanding harga siling ditetapkan kerajaan iaitu RM9.40 sekilogram.

Katanya, harga jualannya itu sudah memberi keuntungan memandangkan harga ayam ladang daripada pembekal ialah antara RM5.50 hingga RM6.30 sekilogram.

AYAM proses Jukee Ayam sedia dihantar ke lokasi yang bermas alah dengan bekalan di seluruh negara.

Justeru jelas Jukee, peniaga tidak sepatutnya menjual ayam dengan harga yang mahal semata-mata mahu mengaut keuntungan besar tetapi akhirnya pembekal juga akan menaikan harga jualan mereka.

“Kebanyakan peniaga dapat bekalan daripada pembekal sama dengan harga yang sama sahaja, jadi bergantung kepada peniaga sekiranya mereka mahu keuntungan lebih, mereka akan menjual dengan harga mahal.

“Tetapi perlu ingat, apabila kita menjual dengan harga yang mahal bukan sahaja ia membebankan pengguna, sebaliknya pembekal juga akan mengambil kesempatan menaikkan harga dengan alasan peniaga mendapat keuntungan tinggi,” katanya yang mempunyai tujuh cawangan kedai ayam proses.

Sumber : Malaysia Kini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Peniaga Ni Jual Ayam Murah. Ini Jawapan Dia Kenapa Tak Jual Ikut Harga Semasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*