“Kita mudahkan kerja bini” – Gelagat Syamel terkial-kial sidai baju sambil live dipuji rajin bantu isteri

Kita mudahkan kerja bini.’ Gelagat Syamel terki4l-ki4l sidai baju sambil live dipuji rajin bantu isteri.

BERUNTUNG jika dapat suami ringan tulang kan? Sama-sama uruskan rumah tangga termasuklah bab mengemas, mencuci, mahupun menguruskan anak.

Syamel dan Ernie bersama buah hati kesayangan mereka, Nur Khawla Soleha.

Bukan apa, bukan sekadar rumah dapat diurus dengan cepat, kasih sayang di antara suami dan isteri juga semakin bertaut.

Baru-baru ini, penyanyi terkenal, Syamel menerusi medium TikTok miliknya memuat naik sebuah video yang mencuit hati.

Menerusi rakaman tersebut, suami kesayangan Ernie Zakri itu dilihat sedang menyidai pakaian yang sudah siap dicuci sehingga meraih komen dan perhatian ramai.

Video pendek tersebut memaparkan Syamel seolah-olah pening, terkial-kial dan asyik bertanyakan kepada isterinya, Ernie Zakri sama ada caranya itu betul atau tidak.

Gelagat penyanyi yang terkenal dengan lagu Ada Cinta, nyanyian duet bersama isterinya itu cukup menghiburkan.

Malah, rata-rata warga maya memuji ayah kepada Nur Khawla Soleha itu kerana sangat rajin dan mahu membantu meringankan urusan isterinya di rumah.

Berikut antara petikan kata-kata mereka:

“Rajin Syamel tanya Ernie apabila tidak tahu. T4kut kena sembur.”

“Walaupun kelakar, tetapi bagus sebab meringankan beb4n isteri.”

“Rajin betul. Kalau suami saya, nampk baju j.atuh pun tunggu arahan angkat, barulah angkat.”

“Baguslah siap minta izin, yang ini sidai begini, yang itu sidai begitu. Jika suami saya, asalkan semua sidai sudah.”

Sememangnya pasangan sehati sejiwa itu sangat kelakar orangnya. Ada sahaja gelagat mereka yang membuatkan warga maya terhibur.

Sumber : TikTok Sarangspider

Sumber : https://sinarplus.sinarharian.com.my/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber