“Susah nak dapatkan keserasikan semula..”- Sofi Jikan Akui Ada Halangan Nak Akrab Kembali Dengan Farid Kamil.

Walaupun beranggapan kemelut persahabatannya dengan Datuk Farid Kamil sudah berakhir, namun Sofi Jikan mengakui dia masih sukar untuk melupakan apa yang berlaku sebelum ini.

Menurutnya, terdapat beberapa halangan untuknya menjalin hubungan akrab seperti dulu.

Pada masa sama, dia merasakan, agak sukar mencipta keserasian sekiranya digandingkan dalam mana-mana produksi.

“Sukar untuk dapatkan keserasian seperti dulu atau bersahabat kembali seperti dulu.

“Kalau saya berlakon boleh jadikan saya berkawan dengannya… saya bersikap profesional.

“Saya juga dah tak ambil hati dan doakan agar dia sentiasa berjaya,” katanya kepada MH.

Image result for sofi jikan - filem Jodoh Syaitan

Sofi atau nama penuhnya Mohamad Shoffi Jikan ditemui pada majlis tayangan amal filem Jodoh Syaitan, baru-baru ini.

Turut dilakukan pada majlis sama ialah sesi penyerahan sumbangan amal untuk Rumah Anak Yatim Datuk Faridah.

Dalam pada itu, pelakon KL Gangster ini turut menjelaskan tiada isu di antara mereka berdua.

“Kami juga tak ada isu dan saya tak bermusuh dengannya.

“Sebab semua orang adalah musuh saya. Tidak ada kawan di sekeliling saya,” selorohnya.

Terdahulu, Sofi yang terkenal dengan dengan watak antagonis itu diberkas di Balai Polis Mutiara Damansara selepas didapati positif g4nja ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung laporan p0lis dibuat Farid.

Dalam laporannya, Farid didakwa turut menamakan pelakon KL Gangster itu sebagai antara tiga individu disyak1 meletakkan dad4h dalam minumannya.

Susulan itu, pada 31 Julai tahun lalu, pelakon terkenal dengan tagline “kasi sengat” itu dijatuhkan hukuman penjar4 12 bulan kerana menggunakan g4nj4, selain diperintah berada bawah pengawasan Agensi Ant1 d4d4h Kebangsaan selama tiga tahun.

Dalam perkembangan lain, Soffi membintangi filem Jodoh Syaitan bersama pelakon seperti Aprena Manrose, arwah Abam Bocey, Jay Iswazir, Kamarul Yusoff, Fauziah Nawi dan ramai lagi.

 

sumber : MH

Be the first to comment on "“Susah nak dapatkan keserasikan semula..”- Sofi Jikan Akui Ada Halangan Nak Akrab Kembali Dengan Farid Kamil."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*