Teka teki terjawab kenapa BSH fasa 3 masuk sedikit, LHDN berikan sebab yang tidak disangka

Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana bayaran yang sepatutnya mereka terima tidak seperti yang diharapkan.

Pada 24 Julai 2020 yang lalu, ramai yang telah memuat turun status di sosial media mengatakan yang Bantuan Sara Hidup Fasa 3 mereka sudah masuk.

Namun, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana bayaran yang sepatutnya mereka terima tidak seperti yang diharapkan. Hal ini membuatkan segelintir pihak berasa tidak senang kerana bantuan yang diharapkan itu lebih sedikit berbanding yang sepatutnya mereka dapat.

Berikut adalah Luahan Mereka:

 

Penjelasan Kenapa Bayaran Tidak Seperti Yang Diharapkan:
Menurut salah seorang pengguna Facebook, beliau yang telah pergi ke LHDN untuk menyatakan masalah berikut telah mendapat jawapan. Penjelasannya adalah seperti berikut:

“Teka teki saya sudah terjawab. Pagi-pagi dah hubungi LHDN. Tanya kenapa saya dapat kurang. Kalau ikut sistem gaji atas RM2000. Sedangkan gaji bawah RM2000..

Rupa-rupanya LHDN ikut potongan KWSP. Sebab gaji suami campur elaun tetap dengan OT semua dah RM2600 (atas RM2000). Jadi dia ikut pendapatan kasar. Tak ikut basic dah. Sistem dah berubah”

Ini pula jawapan penjelasan pengguna Facebook yang lain:

“Pihak LHDN cakap kenapa dapat sikit, sebab suami saya ada SSM. Walaupun tidak aktif tetapi tetap diambil kira. Sebab tidak batal lagi.. Jadi suami saya dikira gaji RM4000.”

Untuk maklumat lanjut dan info penuh mengenai pembayaran BSH fasa 3 ini, sila lihat gambar rajah di bawah untuk penjelasan.

Sumber : Group Facebook Bantuan Sara Hidup / Portal Rasmi BSH Hasil

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Teka teki terjawab kenapa BSH fasa 3 masuk sedikit, LHDN berikan sebab yang tidak disangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*