Tular Remaja Pemungut Sampah Baca Al-Quran Di Kaki Lima, Rupanya Nekad Cari Ibu Terpisah Sejak Umur 8 Bulan

Pada baru-baru ini, telah tular sebuah foto memaparkan seorang remaja pemungut sampah yang tenang duduk di kaki lima di Jalan Braga, Bandung, Jawa Barat sambil membaca Al-Quran sambil tunggu hujan reda.

Menurut Tribun, remaja tersebut dikenali sebagai Muhammad Ghifari Akbar dan baru sahaja berusia 16 tahun.

Akbar, yang berasal dari Garut itu telah mengakui yang dia tidak tahu langsung bahawa fotonya tersebut telah menjadi tular di media sosial.

Dia bahkan tidak tahu siapa yang mengambil gambarnya semasa dia sedang tekun membaca kitab suci itu.

Akbar hanya menyedari bahawa fotonya itu menjadi viral setelah dimaklumkan oleh pihak polis.

“Rasanya petugas yang menjaga parkir (yang mengambil gambar), saya juga mendapat tahu bahawa foto saya itu tular daripada pihak polis,” ujarnya.

Di sebalik foto itu, pada mulanya Akbar telah memutuskan untuk berangkat ke Bandung dari Garut dengan berjalan kaki selama empat hari.

Sepanjang perjalanannya, dia memungut bersama barangan terpakai dan menjualnya demi untuk kelangsungan hidup.

“Biasanya tidur di masjid atau tempat yang selesa sedikit, empat hari sampai Bandung,” katanya.

Akbar dilaporkan sudah berhenti daripada persekolahan sejak dari darjah 4.

Pernah menjadi peminta sedekah, namun sekarang dia beralih menjadi pemungut barangan terpakai.

Dia dilaporkan tidak pernah tinggal untuk membaca Al-Quran.

Selama hidupnya di jalanan, ada amanat dari datuk dan neneknya yang selalu dia lakukan.

Amanat tersebut adalah solat dan membaca kitab suci.

“Pesan dari ibu saya (nenek) kepada ayah saya hanya untuk bersolat lima kali sehari dan membaca Al-Quran,” katanya.

Secara kebiasaan, perkara tersebut telah membuatkannya merasa tenang ketika dia berkeliaran di jalanan.

Maka tidak hairanlah, mengapa perbuatannya sedang membaca Al-Quran itu mendapat perhatian orang sehinggakan di ambil gambarnya.

Selepas fotonya menjadi tular, Akbar telah dihantar pulang ke Garut oleh pengurus Pondok Pesantren Al Hilal di Bandung.

Menurut neneknya, Mak Uti, Akbar lebih banyak berada di jalanan berbanding rumahnya sendiri sejak lima tahun lepas.

Selain berkelana ke Bandung dari Garut, Akbar juga pernah ke Jawa Tengah dan Lampung dengan hanya berjalan kaki.

Dia berbuat demikian kerana sedang berusaha untuk mencari ibunya, menurut nenek Akbar.

Sejak dia berusia lapan bulan lagi ibunya itu telah meninggaIkannya.

Susulan daripada itu ayahnya telah menikahi dengan orang lain.

Akbar difahamkan mempunyai keinginan yang kuat untuk mencari ibunya itu.

Namun kini dia pasrah dan tidak lagi berharap untuk bertemu dengan ibunya itu.

Sumber: Tribun News Via siakap keli

Be the first to comment on "Tular Remaja Pemungut Sampah Baca Al-Quran Di Kaki Lima, Rupanya Nekad Cari Ibu Terpisah Sejak Umur 8 Bulan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*