Ahmad Maslan bebas dua tudvhan, ini reaksi ‘win’ Najib

Bekas perdana menteri, Najib Razak mempertahankan dana yang disalurkan kepada Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan adalah dari Kementerian Kewangan Arab Saudi, dan bukannya dana harom.

Najib berkata pembebasan Ahmad daripada pertuduhan dihadapinya itu membuktikan pihak pendakwaan yakin akan tewas jika kes berkenaan diteruskan.

“Ahmad telah dilepaskan dan dibebaskan di mahkamah hari ini berhubung dana yang diterimanya dari saya sebelum PRU14.

“Pendakwaan tidak mahu teruskan kes terhadap Ahmad setelah kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes dengan bayaran k0mpaun RM1.1 juta.

“Wang yang saya bayar kepada Ahmad dan kesemua pihak di atas (senarai yang dikemukakan Najib) untuk kerja CSR itu berasal dari dana sekurang-kurangnya RM642 juta yang saya terima dari Kementerian Kewangan Arab Saudi dan ini telah dibuktikan banyak kali dalam perbicaraan mahkamah,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, pagi ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Ahmad atas dua pertuduhan tidak mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi pernyataan palsv kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM).

Bernama melaporkan Hakim Ahmad Shahrir Mohd Salleh memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar memaklumkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertud0han terhadap Ahmad Maslan.

Ini selepas ahli parlimen Pontian bersetuju membayar kompaun berjumlah RM1.1 juta, semalam.

Dalam pada itu Najib berkata Ahmad mengaku salah dalam kes ini tetapi memilih untuk membayar kompaun bagi menjimatkan masa, mengelak masalah berterusan berhubung imej beliau dan jimat kos guaman.

“Jika diteruskan kes ini juga, saya percaya kerajaan juga akan kalah kes ini seperti kes-kes sebelum ini,” kata Najib lagi.

Jelas Najib lagi, meskipun kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini mengetahui dana berkenaan datangnya dari kerajaan Arab Saudi, namun mereka mengaitkannya dengan 1MDB.

“Kenapa pula kerajaan PH dulu kata wang itu adalah wang haram berasal dari 1MDB dan seterusnya mengenakan tindakan mahkamah AMLA (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Harom, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Harom) ke atas berpuluh-puluh entiti termasuk Umno dan BN sehingga kita dihina, disusahkan dan perlu menanggung kos peguam berjuta-juta ringgit?

“Sehingga hari ini, tiada seorang pun dari PH berani menafikan atau mengaku perkara ini walaupun berkali-kali telah dibuktikan dalam perbicaraan mahkamah oleh pihak SPRM dan pihak bank,” katanya.

Sumber dipetik dari river

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Ahmad Maslan bebas dua tudvhan, ini reaksi ‘win’ Najib"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*