“Bila Tengok Kita Berubah, Pergi Masjid, Pasti Orang Kaitkan…” – Wahid `Dimarahl’ Kerana Kongs1 Kisah Hijrah

Pelakon, pelawak dan pengacara Wahid akui pernah `dimar4hi’ kerana berkongs1 kisah penghijrahannya kepada masyarakat.

Menurut Wahid atau nama sebenarnya Abdul Wahid Mohamad, anaknya kurang selesa apabila cerita perubahan imejnya sering dit0njolkan menerusi media.

“Saya kata kepada mereka, nak buat macam mana bila media tanya, saya kena jelaskan.
“Sebagai individu milik masyarakat yang orang kenal, apabila tengok kita berubah, pergi masjid, pasti orang kaitkan dengan benda ini.

“Bagi saya sama ada kita betul-betul nak berubah 100 peratus atau 50 peratus, terserahlah. “Yang penting kita kena buat benda ini.

Sebagai seorang bapa, dapat tunjuk sikit pun okeylah bagi saya,” katanya.
Jelas Wahid, dia juga kini memilih untuk tinggal di Ipoh kerana lebih tenang bersama isteri dan anak-anak.

Menurutnya, selain selesa tinggal di bandar ‘pencen’ itu, keputvsan untuk tinggal di Ipoh juga dibuat bagi menjaga kedua -dua mentuanya selepas ibunya sendiri menilnggal dunia.

“Memang saya target duduk di Ipoh sejak dulu walaupun ada kerjaya di Kuala Lumpur.

“Selepas dapat anak kedua, saya balik semula ke Ipoh. Saya sekarang tenang bersama keluarga di Ipoh.

“Syukur juga perniagaan online isteri pun dapat sambutan. Rezeki anak pun Allah dah aturkan dan mesti ada,” katanya.

Wahid berkata demikian ketika ditemui di lokasi penggambaran filem Jaga-Jaga Senariounion di Jannah Wedding Place, Beranang, kelmarin.

Filem Jaga-Jaga Senariounion terbitan Botak Production Management Sdn Bhd dijangka menemui penonton tldak lama lagi menerusi Astro First.

Filem terbaru menampilkan kesemua ahli Senariounion (kecuali Lan) turut Syanie, Bobby Kiran, Prono, Amm Raja Lawak, Farisha dan Badrul Shah.

sumber:gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih

Be the first to comment on "“Bila Tengok Kita Berubah, Pergi Masjid, Pasti Orang Kaitkan…” – Wahid `Dimarahl’ Kerana Kongs1 Kisah Hijrah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*