Ustazah Asma kongs1 rahsla mcm mana Heliza Helmi sentiasa dilihat tenang, kvat dan semangat

Siapa tidak kenal dengan penyanyi Heliza Helmi yang cukup aktif dengan misl bant.uan di G4za. Sebelum ini Heliza pernah meng4kui dirinya tidak pernah berasa tertek4n masih belum mendirikan rumah tangga walaupun sudah berumur 35 tahun (2021).

Bagaimanapun, siapa sangka 1 Januari 2022, Heliza yang masuk umur 26 tahun dikejvtkan dengan berita perkahwinan Heliza bersama seorang usahawan. Berita perkahwinan Heliza ini terseb4r apabila ada gambar menunjukkan majlis pernikahan mereka di sebuah masjid.

Berikut perkongs1an menarik dari Ustazah Asma mengenai Heliza Helmi.

“Panjang.. jemput baca sampai habis ya

” Beberapa kali Allah izinkan kami bertemu, setiap kali itu dia suka minta doa, dengan gaya comel dan ceria, lalu saya doakan semoga dia dikurniakan seorang Suami Soleh yang memahami dan menyokong perjuangannya, dia aminkan bersungguh-sungguh. SubhanAllah, jodoh yang Allah tetapkan tidak cepat atau lewat, ia tepat pada waktunya.

SubhanaAllah, Adinda Heliza Helmi yang mulia dan dihormati telah sah menjadi seorang isteri, entah kenapa tiap kali melintas gambar dan video pernikahannya mudah menitis air m4ta. Iya, bahagia dan sungguh bahagia melihatnya.

Benar, ramai yang k4gum dengan so5ok wanita bernama Heliza Helmi, dia macam kalis pen4t, kec4man dan sind1ran, dia terus sahaja melangkah tanpa mengutip batu yang dil0ntarkan, walau masih buj4ng, langkahnya panjang. Namun, siapakah di sebalik beliau.. ?

MasyaAllah, Allah izinkan saya bertemu beberapa kali beliau bersama Ibunya, kali pertama ketika itu dalam tahun 2012, saya sebagai pagawai hal ehwal Islam yang diberi amanah menguruskan daripada awal hingga akhir persembahan artis jemputan untuk satu program peringkat Negeri, beliau salah seorang.

Dalam bilik menunggu, dengan beberapa orang artis di dalam ruang tersebut, saya perlu menitipkan beberapa pesan, terutama bab etika persembahan dan pemakaian, supaya sesuai dengan acara. Beliau sungguh ceria dan memberikan kerjasama yang sangat baik, namun yang lebih menarik perhatian saya adalah ibunya yang sentiasa menemani, melayani dan menyediakan keperluannya.

Hinggalah saat saya seperti hari ini, dan Allah izinkan saya bertemu beliau dan bekerjasama dalam beberapa program, ibunya masih lagi setia bersama. Pernah satu hari saya berkata kepada dia dan ibunya, Heliza sentiasa dilihat tenang, kvat dan semangat kerana dia ada seorang Ibu yang sangat hebat, yang selalu mendokong dan mendoakannya. Begitu juga peranan Ayahnya, yang benarkan si isteri selalu menemani anak, sudah tentu ada bahagian pengorb4nan besar si ayah. Mereka mainkan peranan sebagai Wali si anak dengan sebaik mungkin.

Kuas4 dorongan Ibu dan Ayah adalah satu anugerah buat anak yang terpilih. Namun jika kita tidak memilikinya, Allah sentiasa ada untuk kita, pasti ada sesuatu yang akan mendorong kita jua.

Saya belajar sesuatu, saya ingin jadi ibu seperti itu, seperti ibu saya juga, yang berterusan mendidik saya hingga ke saat ini. Tidak ada istilah meng0ngkong, ia adalah satu sentvhan kasih tulus hati seorang ibu. Kerana itu di usia yang membimban.gkan bagi wanita, Heliza tetap tenang dan ceria, “ustazah, saya tak beb4nkan fikiran saya tentang jodoh, sebab ia urusan Allah, saya fokus apa yang saya nak dan perlu buat setiap hari”

Dan kini, beliau berpindah dalam jagaan dan kawalan seorang Suami Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman, seorang pejuang di medan jih4d ekonomi, semoga ia adalah satu gabungan yang memberi bara”kah dan kebaikan buat Ummah. Pasangan ini sunguh dilihat sangat harmoni.

Allahu Akbar.

Sahabat semua, sedarkah ada banyak perkara yang menarik pada dirinya dan pernikahannya.

Pengantin yang bernama Heliza Helmi tidak berinai ?, atau sangat sedikit hingga tidak nampak inainya. Pada hari ni dimana para pengantin wanita mula berinai hingga pergelangan tangan, dilukis dengan ukiran bunga dan lain-lain. Beliau memilih sesuatu yang minimalis namun sangat manis.

Solekan waj4h yang sangat semulajadi hingga seperti tidak bersolek, pakaian, majlis dan pembawakan juga sederhana walaupun pasangan seorang jutawan. Tiada bab4k romantik yang ditonj0lkan, sifat malu itu telah mengindahkan semuanya. Tahniah buat keduanya. MasyaAllah.

SubhanAllah, saya sebutkan begini bukan ingin merend4hkan sesiapa, hanya untuk menyingkap kebaikan yang berada di hadapan mata sebagai satu renungan bersama.

Semua ni buatkan saya senyum sendirian. Bukan nak buat perbandingan atau persamaan, teringat 17 tahun lepas saat saya menjadi pengantin, emak ayah tak bagi pakai inai, lar4ngan yang sama kepada kakak yang 3 bulan awal nikah daripada saya, lar4ngan itu kekal hingga 6 adik beradik perempuan yang telah nikah, tinggal seorang lagi adik perempuan yang belum nikah.

Kenapa ?, itu juga soalan saya pada emak, bukan selalu, hanya untuk sekali seumur hidup, hanya untuk hari nikah, cuba memujuk. Emak Ayah tetap tidak membenarkan dengan pelbagai sebab.

“Asma’, memang khas untuk nikah, tapi inai tu makan masa untuk hil4ng, mungkin sebulan, sepanjang masa tu nak pakai sarung tangan ke, bila keluar, bukan semua orang tahu Asma’ tu pengantin baru, apa orang fikir, berp4kaian labuh menutup tapi tetap menarik, jari perempuan ni jika diletak inai memang nampak menarik, sebab tu ada pelbagai pewarna kuku, ia dah jadi satu solekan yang menarik, daripada hukvmnya harus, bimb4ng jadi tab4rruj, jagalah diri, selagi boleh elak maka elaklah..”

Panjang lebar emak menjelaskan.

Akhirnya kami semua terima dengan terbuka, ketika kecil setiap kali Hari Raya Eidulfitri memang rutin akan pakai inai daun yang ditvmbuk campur dengan nasi putih. Emak kata, waktu kecilkan dah selalu berinai, cukuplah tu. Dah besar, sesuaikanlah.

Teringat keluarga kami, pengantin wanita memang tak dibenarkan langsung keluar daripada rumah, dan hanya pengantin lelaki sahaja boleh keluar. Sesiapa yang nak jumpa pengantin perempuan perlu masuk ke dalam rumah, dan hanya tetamu perempuan sahaja dibenarkan masuk.

Emak juga tak bagi saya letakkan sedikitpun solekan, gincu sangat sedikit, saya n4kal letaklah sikit gincu pada pip1 dan ratakan, nak nampak pipi kemer4han, terus emak perasan diminta saya lapkan, hanya boleh pakai bedak dan sedikit celak . Sedangkan hanya perempuan sahaja yang boleh tengok.

Tapi, seri pengantin tetap ada, nama pun pengantin kan. Bila ditanya kenapa, “nak bersolek ke apa depan suami sahaja, tak usah nak raih p.ujian orang ramai”. Deep sungguh ayat emak.

Jika difikirkan, pada hari biasa, saya juga bebas keluar, semua anak perempuan belajar jauh, kebanyakan ke luar negara. Namun kerana faham, ini hari istimewa, jadikan ia betul-betul istimewa, hanya untuk yang istimewa. Kerana hakikatnya keredhaan Allah lebih utama daripada segala yang lain.

Bersalam dan sarung cincin pun dalam bilik disaksikan emak ayah dan adik baradik. Yang lain seperti civm d4hi memang lar4ngan ker4s. Pelamin semua tidak ada, bukan tidak mampu, tapi emak ayah tak mahu. Jika mahu juga, emak ayah benarkan dibuat dalam bilik sahaja. Perkataan yang selalu disebut emak ayah, berkat Allah paling utama.

SubhanAllah, begitu sekali emak dan ayah kami. Mungkin ada yang rasa emak ayah kami seperti ketinggalan zaman , tidak sebenanrya. Emak seorang guru sains mengajar subjek Fizik, ayah seorang Usahawan yang berjaya. Namun mereka, sedaya upaya mendidik kami supaya tidak mengikuti arus perubahan zaman dan menjadi contoh tauladan untuk kami. Keteg4san prinsip mereka itulah menjadikan kami masih seperti hari ni.

Hingga sekarang, kadang bermain dalam fikiran saya, bila tiba saat anak perempuan kami pula yang akan nikah nanti, bagaimanakah prosesnya, jika dibuat di dewan, mungkin kami akan hias indah satu bilik yang tertutup. Pelamin memang hanya untuk keluarga yang mahram sahaja. Begitulah yang saya bayangkan. Nampak suk4r, tapi tidak must4hil. Moga Allah izinkan. Wallahu a’alam.

SubhanAllah, harap sahabat tidak s4lah faham. Ini bukan mengatakan bahawa perbuatan berinai dan yang lain-lain itu menunjukkan suatu yang kurang baik, tidak sekali. Saya hanya berkongs1 satu sudut nilai pandang yang berbeza, yang mungkin tidak biasa, tapi ia masih diterima. Inai dan solekan, romantik juga bukanlah satu kewajipan hingga dikatakan pengantin tiada seri tanpanya.

Baiklah, dibawah saya kongs1kan doa yang diajarkan oleh Nabi SAW, bila dapat berita dan melihat pasangan baru nik4h terus doakan ini ya, janganlah kita mencem4rkan dengan komen yang tidak manis walaupun ada yang kurang manis pada mata kita.

DOA NABI BUAT PENGANTIN BARU

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda :

كَانَ إِذَا رَفَّأَ الإِنْسَانَ إِذَا تَزَوَّجَ قَالَ: «بَارَكَ اللهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ»

Jika mendoakan kepada seseorang ketika ia menikah, maka beliau bersabda “Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan keberkahan atas pernikahan kamu, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan”.

(HR Tirmidzi, hadis sahih)

CARA WALIMAH YANG NABI AJARKAN

Daripada Anas r.a. beliau berkata;

قَدِمَ عَلَيْنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ فَآخَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ سَعْدِ بْنِ الرَّبِيعِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْلِمْ وَلَوْ بِشَاةٍ

Maksudnya: Abdurrahman datang kepada kami, lalu Nabi SAW mempersaudarakan antara dia dengan Sa’d bin Ar Rabi’. Lalu Nabi SAW bersabda, “Adakanlah walimah walau dengan seekor kambing biri-biri.”

(HR Bukhari, hadis sahih)

CARA PERNIKAHAN NABI SAW BERSAMA ZAINAB BINTI JAHSY

Daripada Anas r.a., beliau berkata;

مَا أَوْلَمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنْ نِسَائِهِ مَا أَوْلَمَ عَلَى زَيْنَبَ أَوْلَمَ بِشَاةٍ

Maksudnya : Nabi SAW tidak pernah mengadakan walimah terhadap seorang pun dari isteri-isterinya sebagaimana walimah yang beliau adakan atas pernikahannya dengan Zainab. Saat itu, beliau mengadakan walimah dengan seekor kambing.

(HR Bukhari, hadis sahih)

Alhamdulillah, moga bermanfaat

ASMA’ BINTI HARUN

#UAHSahabatDuniaAkhirat

“Alhamdulillah
” Terima kasih ustazah…perkongs1an yg sgt baik utk hati sy sebagai ibu yg ada ank perempuan agar d jadikan panduan suatu hr nnt…Tahniah… Selamat Pengantin Baru Heliza Helmi & pasangan..

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Ustazah Asma kongs1 rahsla mcm mana Heliza Helmi sentiasa dilihat tenang, kvat dan semangat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*