Suami Lantik Peguam Untuk ‘Back up’ Isteri Kedua Dari Masuk Penj4ra, Ini Reaksi Padu Puteri Sarah

Berbaki kurang 2 minggu lagi, Puteri Sarah Liyana dan pihak suami, Syamsul Yusof bakal hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk prosiding berkenaan pengakhiran rumah tangga mereka.

Jika pengarah filem berkenaan memberikan kerjasama yang baik dan setuju melafazkan talak pada 7 Mac nanti, maka perp isahan itu akan terjadi.

Ira Kazar & ahli keluarga ingkar perintah injuksi

Selain itu, sebelum ini Sarah juga berkata akan melakukan tindakan lebih tegas lantaran perilaku Ira Kazar yang jelas-jelas ingkar perintah injuksi untuk tidak mendekati dan menganggu Syamsul.

Ini termasuklah permintaan agar mahkamah mengenakan hu ku man penja ra serta den da kepada wanita berkenaan.

Boleh pula dia lantik peguam untuk backup isteri kedua daripada masuk penja ra

Menghampiri prosiding melafaz tal ak nanti, bagaimanapun sebentar tadi Sarah pula sempat berkongsikan paparan screenshot terbaru daripada seorang kenalannya.

Individu itu meluahkan ke sal kerana Syamsul dikatakan sudah melantik seorang peguam lain untuk mewakili Ira Kazar bagi perbicaraan berkenaan huku man penja ra.

Suami Lantik Peguam Untuk Isteri Kedua, Puteri Sarah Tak Gentar – “Bring It On”

Bring it on…Lawan tetap lawan…Narsistik is real

Akan tetapi, ibu kepada 2 anak itu dlihat langsung tidak gentar malahan tetap bersemangat meneruskan perjuangannya.

Sempat berseloroh “lebih ramai, lagi meriah”, Sarah percaya Allah akan sentiasa bersamanya dalam menempuh fasa hebat ini.

Namun begitu, dia menganggap ia mungkin salah satu doa Sarah diperkenankan Allah SWT sekali gus memberi petunjuk yang sebenar.

“Tapi alhamdulillah. Mungkin salah satu doa Sarah untuk diberikan petunjuk yang sebenar-benarnya itu terjawab. Sekarang kami tahu dah dimana pendirian kamu (Syamsul).
“Betullah bila mak sendiri cakap kiblat pun dah bertukar ke arah sana,” ujarnya.

Terdahulu, kon flik rumah tangga Sarah dan Syamsul kembali menjadi perbualan ramai selepas pengarah itu mengaku telah bernikah dua dengan Ira di Thailand.

Disebabkan pengakuan terbabit, ibu dua cahaya mata itu nekad memfailkan permohonan ce rai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 16 Januari lalu.

Puteri Sarah akui pernah berdepan individu NPD
Pelakon Puteri Sarah mengakui pernah berdepan dengan individu yang sentiasa merasakan dirinya betul, tidak mahu menerima pandangan orang lain dan memiliki sifat empati yang rendah dalam hampir semua perkara.

Jelas Puteri Sarah atau pemilik nama penuh, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin baru didedahkan dengan informasi individu yang mempunyai personaliti atau karakter gangguan personaliti narsistik (NPD).

Nampak seperti perkara remeh dan tuan punya badan tidak hi rau dengan keadaan dirinya, sebaliknya individu berada di sekelilingnya akan rasa rung sing dan mungkin menyebabkan hubungan renggang.

“Sebenarnya mereka yang mempunyai penya kit NPD sudah lama cuma mungkin kita tidak menyedarinya kerana kurang pendedahan mengenai isu men tal ini.

“Mereka yang mempunyai mas alah NPD ini akan merasakan diri mereka saja yang betul dan memanipulasi fakta. Bagaimana kita hendak membela diri dengan mereka yang bersifat NPD ini, kita tidak akan menang.

“Bukan itu saja, mereka akan memutar belitkan keadaan sehingga membuatkan kesal ahan mereka menjadi kesalahan kita pula.

“Akhirnya kita sendiri mempersoalkan sama ada kita yang bersalah kerana bersikap dan memberikan reaksi sedemikian,” kata Puteri Sarah.

Bagi pemilik personaliti itu ia boleh memberi impak negatif kepada kesihatan men tal yang serius sekiranya terus terbawa-bawa dan tidak ditangani sebaiknya.

Tambah Puteri Sarah, mereka suka menyalahkan orang lain, sukar menerima pandangan orang kerana berpandangan bahawa idea yang diutarakan adalah sempurna, namun ia hanya berdasarkan idealistik bukannya realistik.

“Apabila personaliti ini tidak dikawal dan hingga memudaratkan rakan sekeliling, organisasi di tempat kerja, ia boleh berubah menjadi serius hingga membaha yakan diri dan orang lain.

“Bagi orang dengan personaliti narsistik ini, mereka menganggap dirinya sahaja yang betul dan orang lain semua salah.

“Tingkah laku ditonjolkan sentiasa mudah untuk menyalahkan orang lain sebab dia ada spesifikasinya yang tersendiri,” katanya

kredit: kosmo

Be the first to comment on "Suami Lantik Peguam Untuk ‘Back up’ Isteri Kedua Dari Masuk Penj4ra, Ini Reaksi Padu Puteri Sarah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*